News Details

BUKU DIREKTORI USAHAWAN BANTUAN SOSIOEKONOMI WANITA

Posted Date: 2017-11-17

Buku Direktori Usahawan Bantuan Sosioekonomi Wanita

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melancarkan Buku Direktori Bantuan Sosioekonomi Wanita terbitan 2017 pada 15 November 2017 (Rabu) bertempat di Institut Sosial Malaysia (ISM) yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pelancaran Buku Direktori Usahawan Bantuan Sosioekonomi Wanita yang diterbitkan oleh JPW ini mengandungi maklumat perkhidmatan pembiayaan daripada sektor Kerajaan yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan agensi sebagai rujukan bagi membantu para wanita dan ibu tunggal yang ingin memulakan mahupun mengembangkan perniagaan. Buku Direktori Usahawan Bantuan Sosioekonomi Wanita terbitan 2017 ini boleh dicapai secara DIGITAL di pautan seperti di bawah;

drive.google.com/file/d/1rEqMVHVcpxNGGeob5aFWeVmumFqfn3RB/view

Diharapkan buku direktori ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kumpulan sasar terutamanya wanita dan ibu tunggal dalam menaiktaraf kehidupan sama ada dari aspek ekonomi dan sosial bagi memastikan kehidupan menjadi lebih kondusif dan bermakna. Semoga naskhah ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi pemacu kepada langkah  pemerkasaan wanita secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.